PBB mahu perjanjian nuklear Iran dipatuhi

Perjanjian nuklear Iran perlu dipatuhi bagi keamanan serantau dan antarabangsa.
Perjanjian nuklear Iran perlu dipatuhi bagi keamanan serantau dan antarabangsa.
A
A
A

NEW YORK - Enam ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari Kesatuan Eropah (EU) semalam mahu perjanjian nuklear Iran dipatuhi kerana ia adalah asas kepada keamanan serantau dan antarabangsa, lapor agensi berita Xinhua.

Wakil dari Belgium, Britain, Perancis, Jerman, Poland serta Estonia sepakat mengatakan semua komitmen berkaitan dengan nuklear di bawah Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear (NPT) kekal sebagai asas untuk menjamin keselamatan program nuklear Iran.

Pernyataan enam negara EU itu dibacakan perwakilan tetap Poland ke PBB, Joanna Wronecka.

Beliau berkata, enam negara kecewa dengan tindakan Amerika Syarikat menarik diri daripada perjanjian itu dan mengenakan semula sekatan terhadap Iran dan tidak akan melepaskan pengecualian mengenai perdagangan minyak dengan negara berkenaan.

Katanya, tindakan AS adalah bertentangan dengan matlamat yang ditetapkan dalam perjanjian nuklear Iran dan Majlis Resolusi 2231, yang telah mengesahkan perjanjian itu.

Sementara itu, negara EU turut kesal dan bimbang dengan tindakan Iran sejak beberapa bulan lalu yang mengurangkan komitmennya di bawah perjanjian itu.

"Kami menggesa Iran menghentikan tindakannya untuk mengelakkan keadaan bertambah runcing," kata Wronecka.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!