Pemandu bas tumpangkan motosikal ketika hujan terima pujian

Tangkapan layar memaparkan tindakan pemandu bas Rapid KL menumpangkan seorang penunggang motosikal dalam keadaan basah kuyup akibat hujan lebat menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang melihatnya.
Tangkapan layar memaparkan tindakan pemandu bas Rapid KL menumpangkan seorang penunggang motosikal dalam keadaan basah kuyup akibat hujan lebat menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang melihatnya.
A
A
A

SUBANG JAYA – Tindakan pemandu bas Rapid KL menumpangkan seorang penunggang motosikal dalam keadaan basah kuyup akibat hujan lebat menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang melihatnya.

Kejadian tersebut dirakamkan penumpang yang berada di dalam bas tersebut yang telah dikongsi oleh @fiezapinky di laman Twitternya yang memuji tindakan pemandu bas yang sanggup menumpangkan penunggang lelaki tersebut.

Menerusi video yang berdurasi 0:26 saat itu, motosikal lelaki tersebut telah mengalami kerosakan menyebabkannya kebasahan sebelum dibantu oleh pemandu bas tersebut.

Difahamkan, pemandu bas dikenali sebagai Sharifuddin itu telah berhenti betul-betul di hadapan bengkel motor untuk memudahkan urusan lelaki itu membaiki motosikal yang rosak.

“Hari ini, pertama kali aku tengok pemandu bas @MyRapidKL tolong seorang abang ini kebasahan motor rosak. Motor dalam bas. Situasi lepas Tol Sunway, hujan lebat. Terbaiklah abang bas.

“Ketika sampai di lokasi, abang bas berhentikan betul-betul depan kedai motosikal tanpa meminta sebarang bayaran. @MyRapidKL, kalau tak silap saya namanya Sharifuddin,” tulisnya.

Perkongsian video tersebut oleh @fiezapinky kini tular di media sosial yang meraih 111,400 warganet menonton video tersebut dan rata-rata netizen berbangga dengan sikap bertimbang rasa ditunjukkan pemandu bas.

Netizen juga mengharapkan agar pemandu tersebut tidak dikenakan tindakan kerana telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan memohon agar diberi penghargaan oleh syarikat Rapid KL di atas usaha murni dalam menunjukkan nilai positif kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan:

“Sila berikan penghargaan kepada pak cik (pemandu bas). Jangan hukum dia pula walaupun dia telah melanggar SOP. Yang penting dia bantu orang dalam kesusahan. Patut diberi penghargaan sebagai pemandu terbaik tahun ini. Setuju tak semua?” tulis @puakaensem di Twitter.

@jedi_of pula memberitahu, ”Permintaan ini tidak berkaitan dengan video ini tetapi saya harap gaji pemandu bas akan dapat disemak dan dipertimbangkan untuk dinaikkan. Gaji sangat mempengaruhi motivasi kerja kita.”

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!