MTUC setuju gaji minimum RM1,800 berdasarkan kos sara hidup kini

J Solomon (Muka depan Sinar Harian semalam.)
J Solomon (Muka depan Sinar Harian semalam.)
A
A
A

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bersetuju dengan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang meminta agar kerajaan menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,800 sebulan untuk penjawat awam.

Setiausaha Agung MTUC, J Solomon berkata, gaji minimum itu perlu dinaikkan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Beliau berkata, dasar gaji minimum sebanyak RM1,800 itu juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing apabila lebih ramai pekerja tempatan tampil merebut peluang pekerjaan.

"MTUC setuju cadangan Cuepacs yang meminta gaji minimum RM1,800. Walaupun tidak dapat selesaikan semua masalah tetapi untuk masa ini gaji RM1,800 itu boleh meningkatkan taraf hidup mereka.

"Kebergantungan syarikat kepada pekerja asing pun akan menjadi berkurangan kerana dengan gaji sebanyak RM1,800, ramai pekerja tempatan akan menerima kerja-kerja yang ditawarkan itu.

"Jadi itu satu daripada sebabnya kita harus menaikkan gaji minimum sehingga RM1,800 supaya pekerja tempatan akan berusaha untuk mendapatkan kerja-kerja ditawarkan berbanding sekarang

"Gaji sekarang menyebabkan kurangnya penglibatan pekerja tempatan kerana dengan jumlah itu, mereka masih tidak dapat 'survive' dalam kos sara hidup yang terlalu tinggi ketika ini," katanya.

Kelmarin, Cuepacs meminta agar kerajaan menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,800 sebulan untuk penjawat awam.

Artikel Berkaitan:

Presidennya, Adnan Mat berkata, Cuepacs mencadangkan jumlah tersebut kerana kos hidup kini yang terus meningkat.

Menurutnya, kajian Cuepacs menunjukkan keperluan seorang rakyat perlukan wang minimum RM2,600.

Begitu juga kajian Bank Negara sebanyak RM2,700 manakala kajian oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM2,680.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!