Kerajaan perlu bersuara isu masyarakat Islam di Xinjiang China

Penduduk Uighur memegang gambar ahli keluarga mereka yang hilang dan dipercayai ditahan di ‘kem pendidikan semula’.
Penduduk Uighur memegang gambar ahli keluarga mereka yang hilang dan dipercayai ditahan di ‘kem pendidikan semula’.
A
A
A

KOTA BHARU - Pemuda UMNO menyeru pemimpin dan pejuang hak asasi manusia bersuara bagi mendepani tragedi yang menimpa masyarakat Islam di wilayah Xinjiang, China.

Exconya, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham melalui satu kenyataan memberitahu, dasar asimilasi sistematik pihak berkuasa China terhadap penduduk di sana amat memalukan dan melanggari hak asasi manusia pada tahap yang kritikal.

"Masjid dan sekolah agama dirobohkan, penduduk diseksa dan dipaksa melakukan amalan yang menyalahi agama, anak-anak kecil diberikan pendidikan bagi proses indoktrinasi dan kaum wanita dirogol dan dikahwini secara paksa.

"Tindakan ini dilakukan dengan alasan untuk mengasimilasikan di China dan membendung penularan pengganas," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Solidariti untuk etnik Islam Uighur

Menurutnya, Malaysia perlu mengutuk penganiayaan masyarakat Islam Uighur sama seperti kutukan yang diberikan terhadap penindasan etnik Rohingya.

Beliau berkata, hak asasi manusia hendaklah menjadi keutamaan berbanding dengan kepentingan ekonomi negara.

"Sejarah akan ingat siapa yang membisu. Jika Malaysia ingin menjadi pemimpin dunia Islam, maka seharusnya kita menjadi yang pertama untuk mengumumkan pendirian dalam isu penindasan ke atas masyarakat Islam di sana.

Artikel Berkaitan:

"Kita menyeru umat Islam dan penduduk Malaysia secara keseluruhannya agar mengambil maklum dan melihat secara serius isu penindasan kaum yang berlaku kepada Uighur, China.

"Dunia Islam seluruh dunia seharusnya menyatakan sokongan agar kesedaran awam terhadap isu ini diperluaskan lagi bagi memberi tekanan terhadap pihak-pihak yang terlibat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!