24 jam terputus hubungan, penduduk bina 'jambatan' sementara

Sekumpulan penduduk bermandi peluh bergotong-royong menyiapkan 'jambatan' sementara di Kampung Gual Dalam apabila jalan utama di kampung tersebut runtuh akibat banjir.
Sekumpulan penduduk bermandi peluh bergotong-royong menyiapkan 'jambatan' sementara di Kampung Gual Dalam apabila jalan utama di kampung tersebut runtuh akibat banjir.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Sekumpulan penduduk bermandi peluh bergotong-royong menyiapkan 'jambatan' sementara di Kampung Gual Dalam apabila jalan utama di kampung tersebut runtuh akibat banjir.

Tindakan segera itu diambil bagi memudahkan urusan harian selepas laluan berkenaan dihanyutkan arus deras.

Seorang penduduk, Amri Mohamad,49, berkata, idea untuk membina jambatan sementara itu dilontarkan oleh Pengasas Madrasah Diauddin, Abdullah Zawawi sebaik sahaja menyedari penduduk kampung terputus hubungan sejak 24 jam lalu.

"Alhamdulillah, hasil bantuan penduduk dan penghuni madrasah berkenaan kita hanya mengambil masa selama dua jam untuk menyelesaikannya," katanya.

Menurutnya, dengan siapnya jambatan sementara itu urusan penduduk termasuklah pelajar madrasah berkenaan menjadi lebih mudah.

Katanya, dia berterima kasih kepada semua pihak yang sanggup bermandi peluh dalam menyiapkan jambatan itu.

"Dengan siapnya jambatan ini, kira-kira 400 penduduk termasuk pelajar pondok dapat menggunakannya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!