Ethiopia lancar satelit pertama
ADDIS ABABA - Satelit pertama Ethiopia untuk tujuan penyelidikan dan pemantauan sumber pertanian, perhutanan serta perlombongan dilancarkan di China hari ini.
Pelancaran itu disaksikan pegawai dan saintis kedua-dua negara menerusi siaran secara langsung di Balai Cerap dan Penyelidikan Entoto di luar Addis Ababa.
Satelit Pengesan Jarak Jauh Ethiopia (ETRSS) muncul satelit ke lapan dari benua Afrika yang dilancarkan ke orbit tahun ini, sekali gus memintas rekod tujuh satelit yang dicatat pada 2017.
Kejayaan itu menyaksikan 41 satelit dari benua Afrika dilancarkan ke orbit.
Mesir adalah negara Afrika pertama melancarkan satelit ke orbit pada 1998.
Namun, tiada pelancaran di buat dari bumi Afrika. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!