SPAN taja 2,280 pili cekap air

Penggunaan Pili Cekap Air menjana penjimatan sehingga 70 peratus.
Penggunaan Pili Cekap Air menjana penjimatan sehingga 70 peratus.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Sejumlah 2,280 pili air konvensional di masjid utama dan rumah golongan B40 terpilih di negara ini akan ditukar kepada pili cekap air membabitkan kos RM114,000.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Wilayah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Ir Mohd Jalaludin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,000 pili di 10 masjid telah ditukar iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Kedah, Kuala Lumpur dan Selangor.

Bagi rumah golongan B40 pula menurutnya, sebanyak 176 di kawasan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Sungai Pandan, di sini telah ditukar sementara bakinya akan dilaksanakan Januari depan.

"Inisiatif ini dibuat bagi tujuan memperkenalkan Skim Pelabelan Produk Cekap Air (SPPCA) yang mampu memberikan penjimatan sehingga 50 peratus penggunaan air.

"Menggunakan pili cekap air di bawah label SPPCA tiga bintang, air yang dikeluarkan hanya 1.5 hingga 4 liter berbanding 8 hingga 10 liter untuk pili konvensional, bagi tempoh sama. Malah, tiada isu air perlahan kerana air tetap keluar laju seperti biasa.

"Selain 10 masjid ini, SPAN juga merancang untuk menukar kesemua pili di semua masjid utama negeri Melaka, Johor, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi membantu pengurusan masjid menjimatkan penggunaan air," katanya.

Ir Mohd Jalaludin (dua dari kanan) menyampaikan sekampit beras sempena program Khidmat Masyarakat SPAN di Masjid Sultan Ahmad Shah 1 di sini hari ini.
Ir Mohd Jalaludin (dua dari kanan) menyampaikan sekampit beras sempena program Khidmat Masyarakat SPAN di Masjid Sultan Ahmad Shah 1 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian pada program Khidmat Masyarakat SPAN di Masjid Sultan Ahmad Shah 1 di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Pada program tersebut, sejumlah 116 pili konvensional masjid itu telah ditukar kepada pili cekap air berlabel tiga bintang.

Hadir sama, Imam 2 Masjid Negeri, Mohd Saiful Bahari Kasim; Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri (BPI) SPAN, Abdull Sukor Ismail dan Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Penggunanya, Mohd Fazil Ismail.

Mohd Fazil berkata, selain masjid negeri, turut mendapat manfaat menerusi program khidmat masyarakat pili percuma ini ialah 880 rumah golongan B40 seluruh negara.

Mohd Saiful
Mohd Saiful

"Bagi program pemasangan di rumah-rumah ini, kita akan bekerjasama dengan operator air setiap negeri yang mana SPAN akan membuat edaran satu kampit beras bagi sebuah rumah yang terpilih," katanya.

SPAN juga telah menganjurkan seminar berkaitan SPPCA melibatkan penggiat industri di kawasan Perindustrian Gebeng dan Malaysia China Kuantan Industrial Park (MCKIP) berkenaan penggunaan produk cekap air bagi membantu mengatasi isu kekurangan bekalan air di kawasan itu pagi tadi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!