Lima sekeluarga dikebumi satu liang lahad

Jenazah kelima-lima mangsa akan dibawa pulang ke Yan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ruat Yan malam ini. (Intan, Jamilah, Rodzi, Bashirah, Nurul Shifa)
Jenazah kelima-lima mangsa akan dibawa pulang ke Yan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ruat Yan malam ini. (Intan, Jamilah, Rodzi, Bashirah, Nurul Shifa)
A
A
A

ALOR SETAR - Lima sekeluarga termasuk sepasang suami isteri bersama anak mereka yang maut dalam kemalangan di Kilometer 427.5 Lebuhraya Utara Selatan di Kuala Kubu Bharu awal pagi tadi dikebumikan dalam satu liang lahad malam ini.

Salah seorang ahli keluarga mangsa, Zainuddin Ahmad, 57, berkata, kesemua jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ruat, Yan kira-kira jam 9.30 malam.

Liang lahad yang siap digali menggunakan jentolak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ruat Yan hari ini.
Liang lahad yang siap digali menggunakan jentolak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ruat Yan hari ini.

Katanya, dia sedih selepas mengetahui kemalangan terbabit mengorbankan kelima-lima ahli keluarganya itu.

"Saya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada adik mangsa, Jamaludin Jalim pada jam 8.30 pagi. Apa pun saya reda dengan takdir ini," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dia bersama beberapa penduduk kemudian melakukan kerja menggali lubang kubur menggunakan jentolak bermula jam 10 pagi tadi.

"Kami mengambil masa lebih satu jam untuk menyempurnakan kerja-kerja menggali kubur berkenaan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Lima sekeluarga maut rempuh lori

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!