Stor kedai kereta terpakai hangus

Anggota bomba dan penyelamat giat memadamkan kebakaran.
Anggota bomba dan penyelamat giat memadamkan kebakaran.
A
A
A

KLANG - Sebuah stor kedai kereta terpakai di Jalan Sungai Jati, di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.43 malam sebelum menggerakkan 24 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan penyelamat Pelabuhan Klang, Andalas dan Kota Raja ke lokasi.

"Kita mendapati api marak ketika sampai di lokasi kejadian pada jam 8.50 malam membabitkan sebuah stor menjual kereta terpakai berkeluasan 50x50.

"Kebakaran berjaya dipadamkan anggota bomba dan penyelamat dan operasi tamat pada jam 11.26 malam," katanya melalui kenyataan media tadi.

Stor menjual kereta terpakai musnah dalam kebakaran.
Stor menjual kereta terpakai musnah dalam kebakaran.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!