Juventus guna tulisan Arab buat jersi edisi Riyadh
ITALI – Kelab bola sepak terkenal, Juventus buat julung kalinya melancarkan jersi edisi Riyadh yang akan digunakan oleh pasukan tersebut untuk Piala Supercoppa Itali pada musim ini.
Apa yang menjadikannya istimewa dan terhad adalah nama pemain yang tertera di belakang jersi ditulis dengan tulisan bahasa Arab.
Jersi tersebut kini sudah mula dijual di Store Rasmi Kelab Juventus untuk peminat mereka memilikinya, namun dikatakan jersi yang mempunyai nama Cristiano Ronaldo sudah habis dijual.
Kaligrafi Arab yang digunakan itu direka oleh Shaker Kashgari dari Arab Saudi sebagai memberi penghormatan kepada kaligrafi purba.
Perkongsian tersebut membuatkan warga maya terpegun melihat keunikan dibawa Juventus dan rata-rata netizen khususnya rakyat Malaysia memuji tindakan dilakukan oleh kelab bola sepak tersebut.
“Juventus, kelab bola sepak terkenal pun menggunakan jawi untuk membuat jersi edisi terhad mereka. Sangat mengagumkan. Di Malaysia, jawi yang sememangnya digunakan sejak dahulu lagi ditentang oleh Cina yang merupakan rakyat Malaysia sendiri. Apa nak jadi,” tulis Adam Lim di Twitter.
Liana Ahmad pula memberitahu “Terbaik Juventus menggunakan tulisan jawi untuk jersi edisi terhad mereka. Cantik dan teringin untuk membelinya,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!