Si baju kuning dicari!

Suspek dikesan melalui rakaman CCTV disyaki memecah empat tabung masjid.
Suspek dikesan melalui rakaman CCTV disyaki memecah empat tabung masjid.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki memecahkan empat tabung Masjid Hidayatul Ummah, Kota Lama Kiri di sini membabitkan kerugian RM1,000.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, kejadian itu disedari oleh jawatankuasa masjid selepas melihat wang dalam tabung itu hilang kira-kira jam 7.30 petang, Rabu lalu.

Menurutnya, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek yang berbaju kuning itu dikesan memasuki masjid kira-kira jam 9.50 pagi.

"Siasatan awal mendapati suspek menunggang motosikal berwarna biru tetapi tidak dapat dipastikan nombor pendaftaran memasuki ruang utama masjid melalui pintu yang tidak berkunci di bahagian jemaah mengambil wuduk.

"Suspek telah merenggangkan kunci tabung lut sinar di ruangan solat wanita sementara tiga tabung lain menggunakan satu alat untuk mengambil wang tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kejadian pecah tabung disedari apabila tabung lutsinar di ruangan solat wanita hilang.
Kejadian pecah tabung disedari apabila tabung lutsinar di ruangan solat wanita hilang.

Ibrahim berkata, siasatan mendapati kali terakhir wang derma tabung masjid dikutip pada 13 Disember lalu.

“Polis telah membuat ‘dusting’ ke atas tabung berkenaan tetapi gagal menimbulkan cap jari yang sempurna. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah masuk masjid itu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya di balai polis berdekatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!