Ada keperluan jawatan Menteri KPDN diisi dalam masa terdekat

Armizan Mohd Ali - Foto Bernama
Armizan Mohd Ali - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) perlu diisi dalam masa terdekat apatah lagi pembentangan Belanjawan 2024 dijadual berlangsung Jumaat ini.

Bagaimanapun, pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan, ia adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Jawatan itu kosong dan ada keperluan ia diisi apatah lagi kerajaan akan membentangkan bajet serta persiapan untuk pelaksanaan tahun depan," katanya menerusi sidang akhbar selepas menyerahkan sijil kelulusan pendaftaran Francais dan lesen jualan langsung, di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian mengulas kekosongan jawatan itu hampir dua bulan selepas kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub, pada 23 Julai lalu.

Armizan merupakan di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) dilantik sebagai pemangku menteri KPDN pada 30 Julai lalu.

Ditanya adakah kekosongan itu akan diisi sebelum sebelum pembentangan Belanjawan 2024, Armizan berkata, ia terserah kepada Anwar.

"Saya fikir kalau kita membuat spekulasi dan bercakap lebih banyak (mengenai perkara ini), lagi lambat Perdana Menteri nak isi tempat ini.

Jadi lebih baik jangan spekulasi, kita tunggu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Anwar pada 15 September lalu memaklumkan kekosongan itu akan diisi secepat mungkin namun beberapa hari selepas itu beliau dilaporkan berkata, rombakan Kabinet tidak terlalu mendesak kerana hanya terdapat satu kekosongan jawatan menteri yang perlu diisi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!