Pertimbang wujud inisiatif pengukuhan perlindungan jaminan sosial

Armizan - Foto Bernama
Armizan - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menegaskan pelan rasionalisasi subsidi perlu hadir bersama-sama pengukuhan perlindungan sosial terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Ini kerana pemangku menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, aspek rasionalisasi pastinya terkait dengan kos sara hidup rakyat.

"Di dalam Belanjawan 2024 banyak yang dimohon tetapi dalam aspek secara mikro.

"Kita harap Kementerian Kewangan mempertimbangkan wujudnya pengukuhan dalam inisiatif program perlindungan jaminan sosial kepada masyarakat kerana ia perlu hadir bersama-sama rasionalisasi subsidi," katanya menerusi sidang akhbar selepas menyerahkan sijil kelulusan pendaftaran Francais dan lesen jualan langsung di sini pada Selasa.

Menurutnya, sekiranya perlindungan sosial tidak ditambah baik, ia dikhuatiri membebankan aspek kos sara hidup.

"Jadi dasar subsidi bersasar bukan hanya bentuk subsidi itu perlu disasarkan tetapi ia juga perlu sampai kepada golongan sasar dan perlu hadir bersama penambahbaikan perlindungan sosial," ujar beliau.

Menjelang Belanjawan 2024 pada Jumaat ini, Armizan berkata, sudah tiba masanya untuk kerajaan lebih fokus, agresif dalam aspek keterjaminan bekalan makanan rakyat yang diperolehi daripada penghasilan domestik.

"Sebelum ini, kita lihat pendekatan lebih kepada mendapatkan bekalan import dari luar yang dianggap lebih murah berbanding menghasilkan barang makanan tersebut peringkat domestik, namun berdasarkan landskap semasa, cabaran geopolitik dan sebagainya terdapat faktor yang mempengaruhi harga barangan," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!