Kementerian Kesihatan di Gaza gesa buka segera koridor bekalan ubat

Rakyat Palestin yang cedera dibawa ke Hospital Al-Shifa di Kota Gaza. - Foto EPA
Rakyat Palestin yang cedera dibawa ke Hospital Al-Shifa di Kota Gaza. - Foto EPA
A
A
A

MOSCOW - Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza pada Selasa menggesa pembukaan koridor selamat bagi memastikan bekalan bantuan perubatan segera kepada hospital tempatan di tengah-tengah kekurangan ubat-ubatan yang teruk di wilayah itu selepas serangan Israel, lapor Sputnik.

"Kami menggesa pihak berkuasa yang berkaitan untuk membuka koridor selamat bagi penghantaran segera bantuan ubat-ubatan ke hospital di Semenanjung Gaza," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Pada Isnin, ketua kementerian kesihatan, Medhat Abbas dalam temu bual dengan akhbar Financial Times berkata, Semenanjung Gaza akan kehabisan bekalan ubat-ubatannya dalam beberapa hari, dengan beribu-ribu yang cedera akibat serangan Israel dibawa ke hospital Gaza yang menghadapi kekurangan ubat-ubatan yang teruk. - Bernama-Sputnik

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!