27,000 penduduk Myanmar dipindahkan akibat banjir

Penduduk tempatan terpaksa meredah air banjir selepas jalan utama di Bago ditenggelami pada Selasa. - Foto AP
Penduduk tempatan terpaksa meredah air banjir selepas jalan utama di Bago ditenggelami pada Selasa. - Foto AP
A
A
A

YANGON - Seramai 27,302 penduduk di Bago di selatan Myanmar dipindahkan ke kem penempatan sementara akibat banjir, selepas paras air sungai di wilayah itu meningkat mendadak, lapor Xinhua.

Menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi, paras air Sungai Bago melebihi paras bahaya sejak Ahad.

Perkhidmatan kereta api yang melalui wilayah itu juga dihentikan sementara waktu, kata seorang pegawai kereta api.

"Banjir itu yang terbesar pernah saya alami dalam hidup saya selama 35 tahun. Tiada air minuman dan tiada benda yang boleh dimasak. Semuanya ditenggelami air," kata seorang penduduk Bago, kepada Xinhua.

Operasi menyelamat masih dijalankan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!