Bukit Rambai, Melaka masih catat IPU tidak sihat
KUALA LUMPUR - Dua kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat setakat jam 9 pagi ini.
Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, dua kawasan berkenaan ialah Bukit Rambai, Melaka dengan bacaan IPU 153 dan Larkin, Johor (126).
Sementara itu, 57 lagi kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100), manakala sembilan kawasan lain mencatatkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.
Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!