Keluarga angkat cari ibu kandung Intan

Bunyamin dan isteri membesarkan Intan dengan sepenuh kasih sayang namun bimbang terhadap perkembangan kesihatan anaknya.
Bunyamin dan isteri membesarkan Intan dengan sepenuh kasih sayang namun bimbang terhadap perkembangan kesihatan anaknya.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang wanita warga Indonesia dicari selepas meninggalkan bayi yang baru dilahirkan kepada satu keluarga angkat di sini, sembilan tahun lalu.

Erni Silaban, berusia lewat 20-an ketika itu mengakui sedang bekerja di Pulau Pinang dan perlu bergegas ke sana untuk meneruskan pekerjaannya sehari selepas bersalin menyebabkan mereka terputus hubungan.

Warga Kemboja, Bunyamin Abdullah, 60, dari Taman Ria, Sungai Petani berkata, dia dan isteri, Teykas Hasann, 48, telah mengambil bayi Erni untuk dipelihara.

Menurutnya, sejak diserahkan, ibu kandung kanak-kanak itu tidak dapat dikesan dan langsung tidak menghubunginya atau bertanya khabar.

Intan yang pernah bersekolah di tadika dikatakan pandai menyusun abjad ABC mengikut turutan namun enggan bercakap.
Intan yang pernah bersekolah di tadika dikatakan pandai menyusun abjad ABC mengikut turutan namun enggan bercakap.

Bunyamin berkata, dia dan isteri bersetuju membawa pulang wanita itu dan menjaganya sehingga hari ke-40 selepas melahirkan anak di Hospital Sultan Abdul Halim pada 2011.

"Kami diberitahu kenalan bahawa wanita itu tidak mahu memelihara anaknya. Kami sangat teruja kerana belum dikurniakan anak," katanya.

"Sehari selepas bersalin, dia bertegas mahu pulang dan meninggalkan anak yang dilahirkan biarpun keadaan kesihatan tidak mengizinkan termasuk merahsiakan lokasi yang dituju.

Artikel Berkaitan:

"Selain membayar kos bersalin, kami membekalkannya ubat serta wang tunai berjumlah RM700 jika berlaku sebarang perkara tidak diingini namun, selepas dua hari dia menghubungi semula untuk meminta RM500 kerana masih tidak cukup wang perbelanjaan," katanya.

Katanya, sejak hari itu, mereka langsung tidak dapat menghubungi Erni selain nombor telefonnya juga bertukar.

"Tujuan kami mencari ibu kandung kerana bimbang anak angkat, Intan Nur Safika, 9, rindukan ibunya kerana hingga kini dia hanya pandai bercakap beberapa patah perkataan sahaja seperti air, mak, makan.

"Intan anak yang manja, dia pandai susun abjad ABC namun tak mahu bercakap seolah-olah dalam dunia tersendiri.

"Keadaannya juga agak hiperaktif, enggan ke sekolah serta berperwatakan seperti bayi tetapi lebih rajin menghasilkan lukisan dan mewarna," katanya.

Intan dipelihara Bunyamin dan isteri sejak sembilan tahun lalu.
Intan dipelihara Bunyamin dan isteri sejak sembilan tahun lalu.

Menurutnya, pendedahan dibuat juga bertujuan melengkapkan dokumen seperti mana diarahkan agensi berkaitan.

Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berhubung Erni Silaban, boleh menghubungi talian 013-4245753 (Bunyamin).

Laporan polis berhubung perkara itu telah dibuat pada Disember 2011 iaitu dua bulan selepas penyerahan bayi kepada keluarga tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!