Agong terima menghadap PM Thailand di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di Istana Negara pada Khamis.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di Istana Negara pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di Istana Negara pada Rabu.

Srettha yang tiba pada 12.50 tengah hari meluangkan masa lebih 30 minit di Istana Negara.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel.

Srettha kini dalam lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula hari ini, dan ia merupakan kunjungan sulung beliau ke negara ini selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Thailand pada 5 September.

Hari ini, Srettha turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kedua-dua pemimpin dijangka menilai semula kemajuan hubungan dua hala, terutama kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan dan keselamatan sempadan, di samping meneroka bidang kerjasama baharu seperti keselamatan siber, ekonomi digital dan ekonomi hijau.

Pada 2022, Thailand merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia dan ketiga terbesar dalam ASEAN, dengan jumlah dagangan sebanyak RM122.03 bilion (AS$27.75 bilion), peningkatan 17.9 peratus berbanding RM97.55 bilion (AS$23.54) pada 2021.- Bernama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!