Gempa 5.4 skala ricther gegar Jawa Barat
JAKARTA - Gempa bumi bermagnitud 5.4 pada Skala Richter menggegarkan barat daya Sukabumi, Jawa Barat. Gempa berpusat di 113 km Barat Daya Sukabumi, Jawa Barat itu berlaku pukul 4.54 petang waktu Indonesia Barat.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), gegaran gempa itu turut dirasai di Sukabumi, Bandung, Lembang, Pangandaran dan Pelabuhan Ratu.
Tiada ancaman tsunami dikeluarkan BMKG.
Belum terdapat laporan berkaitan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa setakat ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!