Guna khidmat kurier hantar dadah ke luar negara

Kamarul Zaman menunjukkan foto suspek yang ditahan selepas terlibat dalam kegiatan menghantar dadah menggunakan khidmat kurier, selepas sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru pada Rabu.
Kamarul Zaman menunjukkan foto suspek yang ditahan selepas terlibat dalam kegiatan menghantar dadah menggunakan khidmat kurier, selepas sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Berselindung di sebalik kedai menjual tayar tetapi sebenarnya menjalankan kegiatan membungkus dadah sebelum dihantar ke luar negara menggunakan perkhidmatan kurier.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, operasi yang dilakukan dalam kedai di Kempas, di sini adalah dengan menyembunyikan dadah jenis syabu dalam soket lampu LED dan menggunakan perkhidmatan kurier untuk dihantar ke pasaran luar negara.

Beliau memberitahu, itu modus operandi satu sindiket dipercayai beroperasi sejak Ogos lalu yang menyeludup syabu keluar negara, namun taktik tersebut tumpas selepas polis Johor melakukan dua operasi berasingan di kedai tersebut dan di sebuah premis dalam kawasan perindustrian di Senai, Kulai.

"Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor melakukan dua operasi tersebut dari jam 5 petang Selesa sehingga 3 pagi Rabu lalu.

"Dalam operasi itu, dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warganegara asing berusia lingkungan 33 sehingga 40 tahun ditangkap bersama sejumlah rampasan dadah," katanya dalam sidang akhbar di IPK Johor di sini pada Rabu.

Antara barangan yang dirampas dalam dua operasi di kedai tayar di Kempas dan sebuah premis dalam kawasan perindustrian di Senai, Kulai, minggu lalu.
Antara barangan yang dirampas dalam dua operasi di kedai tayar di Kempas dan sebuah premis dalam kawasan perindustrian di Senai, Kulai, minggu lalu.

Katanya, dalam operasi tersebut, pihaknya merampas pelbagai jenis dadah jenis syabu dalam 166 peket seberat 10.35 kilogram bernilai RM341,616 yang boleh digunakan seramai 51,760 penagih.

Pihak polis katanya, turut melakukan sitaan terhadap dua buah kereta bernilai RM240,000; satu bentuk cincin (RM3,500); tiga jam tangan (RM4,500); wang tunai RM1,505 dan wang tunai Dollar Singapura 409 (RM1,414).

Artikel Berkaitan:

"Pihak polis sedang mengesan dua lagi suspek iaitu seorang lelaki, Kong Boon Rui, 29,, dan wanita, Jiang Bixia, 39, yang kedua-duanya beralamat di B-11-06, Wave Marina Cove, Jalan Sultan Aminah, 80050 Johor Bahru," katanya.

Tambah Kamarul Mamat, pihak polis percaya kedua-dua suspek berkenaan masih lagi berada dalam negara.

Katanya, semua suspek direman selama 12 hari bermula Rabu sehingga 15 Oktober ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 3B Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup atau sebatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!