Masjid, surau di Pulau Pinang diminta adakan solat hajat Jumaat ini

Kerajaan Pulau Pinang dan MAINPP mohon semua surau, masjid mengadakan solat hajat Jumaat ini.
Kerajaan Pulau Pinang dan MAINPP mohon semua surau, masjid mengadakan solat hajat Jumaat ini.
A
A
A

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) memohon semua masjid dan surau di seluruh Pulau Pinang melaksanakan solat hajat secara serentak selepas solat Jumaat pada 13 Oktober ini bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, solat hajat berkenaan juga sebagai solidariti umat Islam di bumi Gaza.

"Kita membantah sekeras-kerasnya serangan yang tidak berperikemanusiaan, kekejaman dan kezaliman berterusan yang tidak bertanggungjawab ini sehingga mengakibatkan kemusnahan harta benda dan kehilangan banyak nyawa.

"Sesungguhnya doa dan munajat yang dipanjatkan ke hadrat ALLAH SWT adalah menjadi lambang solidariti berpanjangan umat Islam bagi keamanan rakyat Palestin," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, Hamas melancarkan serangan terbesar menerusi lebih 5,000 roket ke wilayah Israel.

Serangan itu bertujuan menamatkan penindasan rejim Zionis terhadap tanah dan rakyat Palestin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!