Polis minta bantuan kesan warga emas hilang di Bentong

Mailvagnam
Mailvagnam
A
A
A

BENTONG - Polis meminta bantuan orang ramai bagi membantu mengesan seorang lelaki berusia 91 tahun yang dilaporkan hilang sejak 10 hari lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kehilangan R Mailvagnam dilaporkan anaknya pada 4 Oktober lalu selepas warga emas itu tidak pulang ke rumah sejak dua hari sebelumnya.

Menurutnya, kali terakhir mangsa dilihat oleh bapa saudara pengadu pada 2 Oktober lalu ketika membawanya keluar memberi barang keperluan dan makanan.

"Lelaki itu telah dihantar pulang kira-kira jam 12 tengah hari sebelum hilang.

"Pihak keluarga telah cuba mencari di kawasan rumah dan sekitarnya namun mangsa gagal ditemui," katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.

Zaiham berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung warga emas itu diminta menghubungi bilik gerakan (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Orang ramai juga diingatkan agar tidak menularkan sebarang maklumat tidak sahih dan membuat spekulasi berhubung kehilangan lelaki itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!