Zahir Hassan dilantik Pengerusi PTPK baharu

Zahir Hassan
Zahir Hassan
A
A
A
PUTRAJAYA - Menteri Sumber Manusia V Sivakumar mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Wangsa Maju Zahir Hassan, sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang baharu, berkuat kuasa 21 September lepas.

Beliau dalam kenyataan turut mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran, sebagai Timbalan Pengerusi PTPK berkuat kuasa tarikh sama.

"Saya yakin dengan pelantikan pengerusi dan timbalan pengerusi PTPK baharu ini, akan membolehkan mereka menerajui organisasi dan meneruskan momentum dalam membangunkan modal insan berkemahiran tinggi di Malaysia,” kata Sivakumar.

PTPK merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia, yang memainkan peranan sebagai pembiaya dana latihan kemahiran Islamik yang patuh syariah, untuk menyokong pembangunan bakat tersedia masa hadapan.

PTPK telah memperluaskan skop pinjaman latihan kemahiran mulai 2021, meliputi bukan sahaja yuran latihan, bayaran takaful, kos sara hidup, tetapi juga ditambah dengan kemudahan pinjaman komputer sehingga RM2,500 dan elaun pengangkutan sebanyak RM2,000.
Artikel Berkaitan:


Pemberian kemudahan pinjaman komputer dan elaun pengangkutan itu diberikan secara sekali beri mengikut permohonan pinjaman. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!