'Tempat' Brendan Gan mampu diganti

Sebahagian pemain The Bos Gaurus pada sesi bertemu peminat.
Sebahagian pemain The Bos Gaurus pada sesi bertemu peminat.
A
A
A

PERPINDAHAN pemain tengah pasukan bola sepak Perak, Brendan Gan ke skuad Selangor tidak akan menjejaskan kesebelasan utama The Bos Gaurus dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Kapten Pasukan Perak, Shahrul Mohd Saad berkata, masih ramai pemain yang membarisi skuad itu mampu diketengahkan bagi menggantikan kekosongan Brendan terutama pemain muda.

"Saya sangat yakin dengan pemain-pemain muda dan saya rasa ada kalangan mereka yang mampu gantikan Brendan.

"Mereka sangat bersemangat dan saya rasa mereka akan ambil cabaran itu, mungkin mereka akan lebih menyerlah daripada Brendan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media sempena Kempen Jelajah Awfar Bank Islam di Pasar Raya Besar Mydin Meru Raya, di sini hari ini.

Kepten Pasukan Perak, Shahrul Mohd Saad menunjukkan Kad Debit-i Bank Islam Visa Perak FA TBG.
Kepten Pasukan Perak, Shahrul Mohd Saad menunjukkan Kad Debit-i Bank Islam Visa Perak FA TBG.

Pada 1 Disember lalu, perancang tengah Harimau Malaya itu mengesahkan meninggalkan Perak dan menyertai Red Giants.

Prestasi terbaik pemain berusia 31 tahun itu bersama skuad Kebangsaan adalah ketika menentang Thailand dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, bulan lalu yang masih menjadi sebutan dalam kalangan penyokong.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Shahrul yakin, penyerang kelahiran Brazil, Guilherme De Paula yang telah pun menandatangani kontrak bersama Perak mampu meneruskan momentum aksi cemerlangnya ketika bermain bersama bekas pasukan Kuala Lumpur.

"Dia (De Paula) dah biasa dengan Liga Malaysia dan kita juga tahu dia banyak menjaringkan gol ketika bersama Kuala Lumpur.

"Saya harap dia dapat membantu pasukan Perak untuk musim depan," katanya.

De Paula, 33, muncul watak penting membantu skuad Kuala Lumpur menjuarai Liga Perdana pada musim 2017 dengan meledak 27 gol.

Mengulas persiapan saingan liga musim depan beliau berkata, para pemain sudah pun menjalani latihan sejak dua minggu lalu.

Sesi Pemain Perak bertemu peminat.
Sesi Pemain Perak bertemu peminat.

"Akan ada beberapa pemain import yang akan datang, tetapi saya tidak tahu bila, cuma saya harap mereka akan hadir dengan cepat untuk kita sama-sama jalankan latihan pra musim bagi mendapatkan keserasian," katanya.

Ketika ini tular di media sosial bahawa Perak akan mengikat kontrak pemain import berusia 22 tahun kelahiran Korea Selatan, bagaimanapun belum ada sebarang pengumuman rasmi dibuat berkaitan perkara itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!