Bekalan air di lima kawasan pulih sepenuhnya

Lima daripada tujuh kawasan yang terlibat gangguan air tidak berjadual susulan pencemaran bau di Sungai Selangor telah menerima bekalan air sepenuhnya. - Gambar hiasan
Lima daripada tujuh kawasan yang terlibat gangguan air tidak berjadual susulan pencemaran bau di Sungai Selangor telah menerima bekalan air sepenuhnya. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Lima daripada tujuh kawasan yang terlibat gangguan air tidak berjadual susulan pencemaran bau di Sungai Selangor telah menerima bekalan air sepenuhnya.

Perkembangan terbaharu itu dikongsikan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kemas kini di Facebook berkenaan status pemulihan bekalan air setakat jam 7 malam.

Menerusi perkongsian tersebut, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Selangor dan Hulu Selangor telah menerima bekalan air sepenuhnymanakala Petaling peratusan pemulihan pada tahap 98.9 peratus sementara Klang 94.2 peratus.

"Kawasan Klang yang masih menghadapi masalah bekalan ialah Bukit Kapar, Kampung Teluk Gong, Taman Sentosa, Taman Sri Andalas dan Westport.

"Sementara bagi kawasan Petaling ialah Seksyen 16 - Eastin Hotel dan Seksyen 16 - Phileo Damansara," menurut perkongsian Air Selangor pada Rabu.

Pada Selasa Air Selangor memaklumkan loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang dihenti tugas sementara susulan pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor.

Bagaimanapun, bekalan air kembali disambung kepada pengguna jam 4 pagi selepas masalah pencemaran itu berjaya diatasi.

Pada perkembangan berasingan, Air Selangor turut mengemas kini status pemulihan bekalan air membabitkan lokasi gangguan air berjadual di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat susulan kerja penyelenggaraan dan penggantian aset LRA Sg Langat d itahap 6.8 peratus setakat jam 6 petang.

Artikel Berkaitan:

Daripada data dikongsikan peratusan pemulihan di Petaling ialah 13.5 peratus, Kuala Lumpur (kosong peratus) manakala Hulu Langat dengan 18.3 peratus.

Air Selangor memaklumkan, terdapat kesulitan teknikal di lapangan yang sedang dalam usaha untuk diselesaikan.

"Bagaimanapun, bekalan air terawat telah disalurkan melalui sumber alternatif secara berperingkat kepada premis pengguna.

"Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor atau hubungi talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!