Jet Israel bedil ibu pejabat Bulan Sabit Merah Palestin

Jumlah korban di Semenanjung Gaza akibat serangan udara Israel sejak Sabtu lalu kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 1,055 orang. - Foto EPA.
Jumlah korban di Semenanjung Gaza akibat serangan udara Israel sejak Sabtu lalu kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 1,055 orang. - Foto EPA.
A
A
A

GAZA - Jet Israel membedil ibu pejabat Bulan Sabit Merah Palestin di utara Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan perkhidmatan penyelamat pada Rabu.

Tiada laporan mengenai kecederaan atau kematian setakat ini.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, semua hospital di wilayah itu tidak mampu lagi menampung jumlah pesakit, selain turut menghadapi kekurangan bekalan ubat-ubatan dan peralatan.

Jumlah korban di Semenanjung Gaza akibat serangan udara Israel sejak Sabtu lalu kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 1,055 orang. - Bernama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!