Angkara hutang, lelaki cedera ditikam di kaki dan perut

Mangsa (kanan) ditemui berlumuran darah di dalam keretanya selepas terlibat pergaduhan dengan suspek di sebuah pasar di George Town, petang Rabu.
Mangsa (kanan) ditemui berlumuran darah di dalam keretanya selepas terlibat pergaduhan dengan suspek di sebuah pasar di George Town, petang Rabu.
A
A
A

GEORGE TOWN - Seorang lelaki cedera di kaki dan perut selepas ditikam dengan senjata tajam dipercayai terlibat dalam pergaduhan di sebuah pasar, di sini pada jam 3 petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, mangsa berusia 26 tahun itu ditemui dalam kesakitan dan berlumuran darah di dalam keretanya.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan dan dilaporkan stabil.

"Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan masalah hutang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kata beliau, hasil siasatan lanjut, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut berjaya menahan seorang lelaki berusia 51 tahun pada jam 6.40 petang.

"Suspek merupakan lelaki tempatan dan mempunyai satu rekod lampau melibatkan kesalahan dadah. Ujian saringan awal air kencing suspek negatif.

"Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera parah menggunakan senjata," katanya.

Soffian turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu agar menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat D7 IPD Timur Laut, Asisten Superintenden K Linkeswaran di talian 04-2181831 untuk membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

"Saya menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menularkan sebarang gambar atau video berkenaan kejadian tersebut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!