Maguire kecewa kurang peluang beraksi
HARRY Maguire mengakui kecewa apabila hanya diberikan sedikit peluang beraksi bersama Manchester United.
Bagaimanapun pemain pertahanan itu tetapi tetap yakin dapat memenangi semula tempatnya dan membantu pasukan bimbingan Erik ten Hag dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Maguire mengharungi perjalanan sukar sejak membintangi England ke final Euro 2020 apabila dia tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama dan kehilangan lilitan kapten.
Perpindahan musim panasnya ke West Ham tidak menjadi kenyataan dan menyaksikan Maguire kekal di kelab itu dan mengembalikan kariernya ke landasan yang betul.
“Saya yakin dengan kemampuan saya dan apa yang saya lakukan dalam karier saya seperti yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pemain.
“Setiap pemain yang berada di bangku simpanan harus percaya bahawa mereka sepatutnya bermula (dalam kesebelasan utama), jika tidak mereka tidak akan bermain di peringkat tinggi.
"Ia sukar, saya mahu bermain. Saya mahu berasa penting kepada kelab dan saya mahu dianggap penting kepada seluruh pasukan.
“Saya hanya perlu memastikan saya bersedia untuk mengambil peluang apabila ia datang," katanya.
Harry Maguire membuat penampilan pertamanya dalam EPL musim ini ketika kemenangan United menentang Brentford 2-1 baru-baru ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!