Perjalanan karier Firmino bersama Liverpool dibukukan

Firmino. - Foto Agensi
Firmino. - Foto Agensi
A
A
A

BEKAS penyerang Liverpool, Roberto Firmino akan berkongsi momen indah bersama para peminat The Reds menerusi karya sebuah buku berjudul 'Si Senor: My Liverpool Years'.

Buku yang dijadual dilancarkan pada 9 November depan itu bakal menceritakan perjalanan karier lapan tahunnya bersama The Reds.

Pemain berusia 32 tahun itu menyertai kelab Arab Saudi, Al-Hilal selepas kontraknya bersama Liverpool tamat pada musim panas lalu.

Firmino mempunyai hubungan yang baik dengan penyokong The Reds dan buat pertama kali selepas meninggalkan Anfield, dia memberi mesej kepada peminatnya.

“Ada sesuatu yang saya mahu anda tahu,” kata Firmino di Instagram.

Pemain Brazil itu membuka kariernya di Anfield di bawah kendalian Brendan Rodgers yang kemudian digantikan dengan Jurgen Klopp.

Dia mengumpul 362 penampilan, meledak 111 jaringan dan 79 umpanan gol, serta membentuk trio serangan paling digeruni dalam dunia bola sepak bersama Sadio Mane dan Mohamed Salah.

Firmino cemerlang dalam kariernya apabila merangkul Piala Liga, Piala FA, Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah serta menjaringkan gol dalam masa tambahan ketika menjuarai Piala Dunia Kelab 2020.

Artikel Berkaitan:

Bekas penyerang Hoffenheim itu turut memulakan kerjaya di Arab Saudi dengan cemerlang apabila menjaringkan lima gol dalam sembilan aksi untuk membantu Al-Hilal memimpin Liga Pro Saudi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!