Perang Sudan: Hampir 5.8 juta orang hilang tempat tinggal

IOM mendedahkan hampir 5.8 juta orang kehilangan tempat tinggal di dalam dan di luar Sudan akibat konflik berpanjangan antara Angkatan Bersenjata Sudan dan pasukan separa tentera RSF. - Foto Anadolu Agency
IOM mendedahkan hampir 5.8 juta orang kehilangan tempat tinggal di dalam dan di luar Sudan akibat konflik berpanjangan antara Angkatan Bersenjata Sudan dan pasukan separa tentera RSF. - Foto Anadolu Agency
A
A
A

KHARTOUM - Pertubuhan Migrasi Antarabangsa PBB (IOM) pada Rabu mendedahkan bahawa hampir 5.8 juta orang kehilangan tempat tinggal di dalam dan di luar Sudan akibat konflik berpanjangan antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).

"Matriks Penjejakan Orang Tersingkir (DTM) Sudan menganggarkan bahawa 4,551,795 individu telah dipindahkan secara dalaman," menurut IOM dalam kemas kini terbaharunya, lapor Xinhua.

Konflik itu juga telah menyebabkan pergerakan rentas sempadan 1,237,103 individu ke negara-negara jiran, iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Sudan Selatan dan Ethiopia.

Sudan telah menyaksikan pertempuran berdarah antara SAF dan RSF di Khartoum dan kawasan lain sejak 15 April, hingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 3,000 kematian manakala lebih 6,000 lagi cedera, menurut angka yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Sudan. - Bernama/Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!