Serangan dron di Rusia, dua maut - Gabenor

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

MOSCOW - Dua orang terbunuh manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah dron ditembak jatuh oleh pasukan pertahanan udara di wilayah Belgorod, selatan Rusia pada Khamis, kata gabenor wilayah itu.

"Mayat dua orang ditemui daripada runtuhan infrastruktur oleh perkhidmatan operasi -- seorang lelaki dan seorang wanita," Xinhua memetik gabenor wilayah Belgorod, Vyacheslav Gladkov sebagai berkata di saluran media sosialnya.

Seorang kanak-kanak mungkin masih terperangkap di bawah runtuhan itu, tambahnya.

Gladkov berkata dron itu ditembak jatuh ketika menghampiri bandar Belgorod.

Sebuah bangunan kediaman musnah sepenuhnya dan sekurang-kurangnya dua orang cedera terkena serpihan yang jatuh. - Bernama/Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!