Juruukur bahan direman disyaki terima rasuah wang, 'Ysuku'

Tertuduh (depan, tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu pada Khamis.
Tertuduh (depan, tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu pada Khamis.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang juruukur bahan di sebuah universiti di negeri ini direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah wang tunai dan motosikal.

Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Sukri mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas suspek bermula Khamis hingga Isnin depan.

Lelaki berusia lingkungan 50-an itu disyaki menerima motosikal Yamaha Y15Z dan wang tunai keseluruhan kira-kira RM30,000 daripada wakil sebuah syarikat sebagai balasan mengesyorkan kerja pengubahsuaian bernilai RM3 juta.

Wang tunai itu didakwa diterima bagi tujuan mempercepatkan tuntutan bayaran kemajuan kerja syarikat terbabit.

Suspek sebelum ini ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu jam 1 tengah hari ketika hadir memberi keterangan pada Rabu.

Difahamkan, SPRM turut menyita motosikal terbabit pada hari yang sama.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!