RM257.5 juta hasil kutipan cukai tanah di Pahang
KUANTAN - Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang meraih kutipan sebanyak RM257.5 juta daripada hasil cukai tanah di negeri ini sempena Karnival Tanah Pahang 2023 bermula dari 22 Julai hingga 8 Oktober lalu.
Pengarahnya, Datuk Hamdan Hussin berkata, kutipan itu berjaya dikumpulkan selepas keputusan Kerajaan Pahang melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bersetuju memberikan insentif pengecualian denda lewat kepada pembayar cukai tanah.
Menurutnya, daerah Lipis merekodkan kutipan tertinggi iaitu sebanyak RM93.5 juta.
"Seterusnya, Raub yang berjumlah RM105.3 juta, Kuantan (RM23.8 juta), Bera (RM17.9 juta), Rompin (5.57 juta), Jerantut (RM4.81 juta), Pekan (RM3.22 juta) dan Bentong (RM2.35 juta).
"Di Temerloh pula merekodkan RM1.05 juta, Cameron Highlands (RM751,282) dan Maran (RM179,038)." katanya pada sidang akhbar berkenaan promosi insentif pengecualian denda lewat bayaran cukai tanah di Bilik Delima PTG Pahang di sini pada Khamis.
Intensif itu bermula 22 Julai lalu hingga 16 Oktober ini dilaksanakan oleh Kerajaan Pahang.
Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, insentif ini sebagai satu usaha bagi menggalakkan lebih ramai rakyat di negeri ini membayar cukai yang menjadi pulangan kepada golongan yang memerlukan.
Hamdan berkata, pihaknya menyasarkan kutipan hasil tanah berjumlah RM675 juta dalam tempoh yang berkali sekitar empat hari lagi.
Ujarnya,sehingga Sabtu lalu, sebanyak 97.32 peratus daripada sasaran itu dikutip.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!