Econsave salur sumbangan kepada 150 keluarga terpilih
ALOR SETAR - Pasar raya Econsave meneruskan program CSR Econsave Prihatin kepada 150 keluarga dalam DUN Alor Mengkudu pada Khamis.
Pengurus Operasi Zon Utara, Zamzuri Mansor berkata, bantuan itu disalurkan dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Alor Mengkudu.
Katanya, usaha mereka itu agar tidak ada masyarakat B40 yang terpinggir daripada sebarang bantuan terutama barangan keperluan.
"Di mana ada Econsave di situ kita akan bantu kawasan yang berdekatan, dan pada kali ini kita kerjasama dengan YB Mohamad Radhi Mat Din untuk masyarakat dalam DUN Alor Mengkudu," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Alor Mengkudu di sini pada Khamis.
Menurutnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu melancarkan urusan agihan sumbangan daripada Econsave.
" Program CSR Econsave Prihatin ini akan diteruskan selagi mendapat sokongan semua," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!