VIPSHOP tawar barangan jenama mewah dengan harga berpatutan

Majlis Pelancaran aplikasi VIPSHOP yang dirasmikan oleh Pengarah Pemasaran Vipshop Asia Tenggara, Sylvia Ong. Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Majlis Pelancaran aplikasi VIPSHOP yang dirasmikan oleh Pengarah Pemasaran Vipshop Asia Tenggara, Sylvia Ong. Foto SINAR HARIAN / MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

SYARIKAT membeli-belah dalam talian, VIPSHOP menawarkan promosi sebanyak 70 peratus untuk jenama terpilih bermula 17 hingga 31 Oktober 2023 sempena pelancaran aplikasi mereka di negara ini.

Pengarah Pemasarannya di Asia Tenggara, Sylvia Ong berkata, antara jenama tersebut termasuk Adidas, Coach, Puma, Skechers, Kiehl’s, L'occitane dan banyak lagi.

Menurutnya, walaupun aplikasi tersebut baru sahaja dilancarkan pada Mei tahun ini, namun ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

"Malaysia dipilih menjadi cawangan kedua di Asia Tenggara selepas Singapura kerana kami ingin memenuhi permintaan barangan berjenama mewah dengan harga berpatutan.

"Malaysia mempunyai beberapa gedung membeli belah berjenama seperti Johor Premium Outlet, Mitsui Outlet dan Genting Premium Outlet yang menunjukkan potensi kuasa beli di negara ini cukup tinggi.

"Apabila melihat trend tersebut kami percaya bahawa pengguna di negara ini lebih memilih barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

"Oleh itu kami menawarkan pelbagai diskaun untuk setiap jenama bagi memenuhi permintaan pasaran Malaysia," katanya kepada Sinar Harian ketika pelancaran aplikasi VIPSHOP di Four Seasons Hotel by Sheraton pada Khamis.

Mengulas lanjut, menurut Sylvia, terdapat 300 hingga 400 jenama yang ditawarkan dalam pasaran negara ini dan akan ditambah dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, antara jenama yang sering menjadi pilihan pembeli adalah LongChamp,Lancome dan Michael Kors.

Jelasnya, dengan pelbagai sindiket penipuan pembelian barangan mewah dalam talian menyebabkan sesetengah pengguna takut membeli-belah kerana berasa tidak selamat.

"Oleh itu, kami memberikan jaminan bahawa barangan yang ditawarkan adalah asli dan harga mampu milik, tiada caj penghantaran dikenakan walaupun anda hanya membeli beberapa item serta produk premium dengan kualiti terbaik.

"Kami berharap dengan pelancaran aplikasi ini secara rasmi orang ramai boleh membeli belah dengan selesa dan selamat bersama VIPSHOP," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!