India idam lebur momentum cemerlang Harimau Malaya

Igor (kiri) dan Anwar pada sidang akhbar pra perlawanan di Wisma FAM Kelana Jaya pada Khamis.
Igor (kiri) dan Anwar pada sidang akhbar pra perlawanan di Wisma FAM Kelana Jaya pada Khamis.
A
A
A

INDIA melaungkan amaran mahu melakukan kejutan menghentikan rekod cemerlang Harimau Malaya sekali gus melakar kemenangan dalam aksi Pestabola Merdeka di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat.

Namun, pengendalinya, Igor Stimac berkata, ia bukan tugas mudah apatah lagi skuad negara akan beraksi di laman sendiri dibantu sorakan penyokong setia Harimau Malaya.

"Saya boleh katakan kekuatan Malaysia adalah mempunyai kualiti pemain yang baik termasuk pemain naturalisasi yang memberikan kestabilan kepada pasukan.

"Peluang mungkin memihak kepada Malaysia kerana rentak positif yang dipamerkan, tetapi kami datang ke sini untuk mengejutkan anda," katanya dalam sidang akhbar pra perlawanan di Wisma FAM Kelana Jaya, pada Khamis.

Harimau Malaya sedang berada pada momentum terbaik tidak tewas dalam enam perlawanan terakhir selain turut mengikat China dan Syria dalam aksi persahabatan di Chengdu pada September lalu.

Dalam pada itu, pertahanan tengah India, Anwar Ali mengakui tidak mengetahui banyak tentang Harimau Malaya, namun bersedia sepenuhnya menentang skuad kendalian Kim Pan-gon itu.

"Saya tidak tahu kerana ini kali pertama saya di Malaysia. Mendapat peluang bermain di sini, kami sudah bersedia.

"Mereka mempunyai pasukan yang sangat bagus tetapi kami yakin untuk mendapat keputusan positif," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!