Trump lancar Angkatan Angkasa AS

Donald Trump - Foto AFP
Donald Trump - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Donald Trump secara rasminya membiayai pasukan Pentagon yang memfokuskan kepada peperangan di ruang angkasa dikenali sebagai Angkatan Angkasa Amerika Syarikat (AS).

Khidmat tentera baharu pertama sejak lebih 70 tahun lalu akan diletakkan di bawah Tentera Udara AS.

"Di tengah-tengah ancaman serius terhadap keselamatan negara kita, keunggulan Washington di angkasa sangat penting.

"Kita mendahului tetapi tidak cukup. Angkatan Angkasa AS akan membantu negara menghalang serangan dan mengawal dari bahagian atas," kata Trump yang turut menyifatkan angkasa sebagai domain perang terbaharu di dunia.

Peruntukan dana disahkan semalam apabila Presiden menandatangani bajet tentera tahunan bernilai AS$738 bilion (RM3.05 trilion) dengan pembiayaan awal AS$40 juta (RM166 juta) untuk tahun pertama. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!