Suria KLCC sedia ‘safe space’ melalui Kempen Kesihatan Mental

Wakil NGO yang menjayakan kempen kesihatan mental di Suria KLCC menyempurnakan perasmian ‘safe space’ pada Isnin.
Wakil NGO yang menjayakan kempen kesihatan mental di Suria KLCC menyempurnakan perasmian ‘safe space’ pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat Beli-Belah ikonik, Suria KLCC membuka tirai bulan Oktober dengan menganjurkan Kempen Kesihatan Mental bagi memperkasa kesihatan diri secara holistik.

Program selama 10 hari bermula 6 Oktober sehingga 15 Oktober itu dianjurkan susulan kejayaan kempen yang sama pada 2021 dan 2022.

Suria KLCC kini dikenali sebagai pusat beli-belah yang komited dalam meneruskan usaha menyokong kepentingan kesedaran kesihatan mental.

Bertemakan ‘Mental Health is a Universal Human Right’ dengan slogan ‘Your Mind, YourJourney’, kempen itu menitikberatkan aspek penting dalam penjagaan emosi, fizikal dan kesihatan mental secara menyeluruh.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC, Andrew Brien berkata, pelbagai aktiviti menarik dan interaktif akan diadakan ‘centre court’ yang juga berperanan sebagai hab untuk program kali ini.

‘Safe space’ terdiri dari tiga zon yang membawa tema berlainan iaitu ‘Physical & Spiritual’, ‘Emotional & Mental’ dan ‘Social & Leisure’.
‘Safe space’ terdiri dari tiga zon yang membawa tema berlainan iaitu ‘Physical & Spiritual’, ‘Emotional & Mental’ dan ‘Social & Leisure’.

Menurutnya, Suria KLCC masih meneruskan usaha murni itu bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Green Ribbon Group, Malaysian Mental Health Association, Befrienders KL dan Mental Illness Awareness Support Association serta Nyawa Organisation yang turut dilibatkan bersama tahun ini.

"Hasil jualan ‘Suria Ribbon Pin’ yang berharga RM10 juga dikekalkan sebagai sebagai objektif utama untuk pengumpulan dana dan kesemua hasil akan disumbangkan sepenuhnya.

Artikel Berkaitan:

“Kempen ini diadakan berbekalkan komitmen yang jitu dalam memperkukuhkan kesedaran kesihatan fizikal dan emosi, malah kesejahteraan sosial yang menyeluruh di dalam komuniti ini.

"Kempen ‘Your Mind, Your Journey’ adalah titik permulaan untuk menyingkap penjagaan dan kesedaran diri," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu beliau berkata, Suria KLCC merupakan pusat beli-belah pertama di Malaysia yang memperkasakan kesedaran kesihatan mental dengan penganjuran kempen dan penyediaan ‘safe space’ untuk kegunaan komuniti.

Katanya, untuk kempen tahun ini, hab tersebut terdiri dari tiga zon yang membawa tema berlainan iaitu ‘Physical & Spiritual’, ‘Emotional & Mental’ dan ‘Social & Leisure’.

"Pakar kesihatan mental akan berada di setiap zon bagi membantu para pengunjung mendapatkan khidmat yang bersesuaian. Malah, setiap zon direka khas untuk menyempurnakan asas setiap tema tersebut yang terdiri daripada pelbagai lapisan aspek penjagaan diri," katanya.

Bagi memeriahkan sambutan kempen, Suria KLCC turut membawakan pameran bunga kembang yang dinamakan sebagai pengalaman ‘Arty Inflatable’ dari 8 Oktober sehingga 22 Oktober.

Pengalaman interaktif itu berjaya direkod di dalam Malaysia Book of Records sebagai Pameran Bunga Interaktif Terbesar di Malaysia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!