Hutan tertua di dunia ditemui di New York

Fosil pokok itu ditemukan di bahagian bawah kuari di wilayah Catskill berdekatan bandar kecil Cairo.
Fosil pokok itu ditemukan di bahagian bawah kuari di wilayah Catskill berdekatan bandar kecil Cairo.
A
A
A

NEW YORK - Hutan tertua di dunia berusia 386 juta tahun telah ditemui berhampiran New York.

Fosil pokok yang dianggarkan mencecah ketinggian sehingga 20 meter membabitkan 15sm diameter itu ditemukan di bahagian bawah kuari di wilayah Catskill berdekatan bandar kecil Cairo.

Menurut penyelidik, hutan itu berada di puncaknya pada zaman Devonian ketika majoriti kehidupan di bumi berada di lautan.

Hutan tersebut berusia tiga juta tahun lebih tua berbanding hutan tertua yang sebelum ini ditemui di Gilboa kira-kira 40 kilometer dari bandar New York.

Saintis dari Universiti Binghamton berkata, penemuan itu memberi gambaran yang lebih mendalam tentang peralihan bumi ke sebuah planet hutan.

Pasukan antarabangsa diketuai saintis dari Universiti Binghamton, Muzium New York dan Universiti Cardiff memetakan lebih 2,972.9 meter persegi hutan terbabit.

Penemuan itu turut dilaporkan dalam Current Biology memberi peluang untuk mengetahui tentang evolusi pokok dan peranan transformasi dalam membentuk dunia hari ini. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!