Ibu bapa mahu peruntukan infrastruktur sekolah, kolej ditambah

Ibu bapa berharap kerajaan dapat menambahkan peruntukan bagi menambah baik dan membaik pulih infrastruktur sekolah dalam belanjawan kali ini. - Gambar hiasan (Gambar kecil dari kiri: Chee Kin, Akramudin, dan Mohd Nor)
Ibu bapa berharap kerajaan dapat menambahkan peruntukan bagi menambah baik dan membaik pulih infrastruktur sekolah dalam belanjawan kali ini. - Gambar hiasan (Gambar kecil dari kiri: Chee Kin, Akramudin, dan Mohd Nor)
A
A
A

MELAKA - Ibu bapa di Melaka berharap kerajaan dapat menambahkan peruntukan bagi menambah baik dan membaik pulih infrastruktur sekolah dalam belanjawan kali ini.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah, Mak Chee Kin berkata, kekurangan infrastruktur seperti dewan menyulitkan pengajian pelajar.

"Sedangkan pelajar ini merupakan pelajar kolej dan setaraf pelajar universiti namun infra yang terdapat di kolej ini tidak setaraf seperti di kolej atau pra universiti.

"Saya yakin masalah ini bukan sahaja dialami kolej ini, malah sekolah lain dan menyebabkan PIBG terpaksa mencari dana sendiri untuk menambah baik kemudahan tersebut," katanya.

Sementara itu Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Tijah, Datuk Akramudin Abd Aziz berkata, pihaknya turut berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian terhadap prasarana sekolah yang uzur.

Menurutnya, perkara berkaitan prasarana sekolah penting supaya pelajar sentiasa bersemangat untuk hadir ke sekolah dan belajar tanpa sebarang gangguan.

Katanya, ini kerana terdapat sekolah yang mana kemudahan tandas yang rosak, tidak dibaiki akibat vandalisme.

"Saya percaya atas sifat keprihatinan PM dapat menyalurkan banyak peruntukan kepada Kementerian Pendidikan.

Artikel Berkaitan:

"Hasrat kita untuk memastikan kemudahan sekolah ditambah baik dan anak-anak kita dapat belajar dengan selesa di sekolah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!