Ireland sekarang bukan lagi yang dulu

Ireland akan berdepan New Zealand pada Ahad.
Ireland akan berdepan New Zealand pada Ahad.
A
A
A

PENGENDALI Ireland, Andy Farrell mengakui pasukan itu pernah melalui fasa merendah diri pada masa lalu.

Namun tegas Farrell, The Emerald Isle kini bersedia untuk menjadi pasukan terbaik antarabangsa di pentas ragbi Piala Dunia.

"Ireland pernah melalui fasa terlalu merendah diri walaupun berada di kedudukan nombor satu dunia.

"Ini kerana kami terlalu memikirkan bahawa pasukan ini akan jatuh dari jurang kedudukan sekarang.

"Sejujurnya permikiran sebegini ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku kepada pasukan Ireland," katanya.

Ireland yang mara ke pentas lapan terbaik di Perancis 2023, akan berdepan cabaran besar apabila berdepan pasukan bereputasi tinggi, New Zealand yang juga juara tiga kali.

No Image Caption

Edisi Jepun 2019, The Emerald Isle yang tampil dengan status nombor satu dunia dibelasah The All Blacks, 14-46 di suku akhir melebarkan rekod tidak pernah dalam fasa kalah mati kejuaraan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun Farrell percaya skuad edisi 2023 telah banyak belajar mematangkan permainan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Apa yang saya nampak pasukan ini telah mula memberanikan diri dalam menyahut cabaran besar.

"Malah dalam beberapa tahun kebelakangan ini pasukan ini konsisten menyahut cabaran besar secara berterusan.

"Di Perancis 2023 kali ini kami bertekad menjadi pasukan terbaik bukan kedua terbaik kejuaraan.

"Itulah mentaliti yang kami bawa dalam setiap perlawanan terutamanya apabila berdepan pasukan hebat dunia," katanya.


RAGBI PIALA DUNIA PERANCIS 2023

Suku Akhir

SABTU (14 OKTOBER)

Wales lwn Argentina, 11 malam

AHAD (15 OKTOBER)

Ireland lwn New Zealand, 3 pagi

England lwn Fiji, 11 malam

ISNIN (16 OKTOBER)

Perancis lwn Afrika Selatan, 3 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!