[VIDEO] Buruh binaan sentiasa ‘happy’ pulang balik kerja
CHINA - Aksi seorang buruh binaan warga China yang berlari-lari melompat ketika pulang bekerja menarik perhatian serta pelbagai reaksi daripada warga maya.
Facebook SCMP yang memaparkan video seorang lelaki yang berusia 56 tahun yang pulang dengan penuh ceria seolah-olah dirinya tidak mempunyai sebarang masalah kini tular di media sosial.
Memetik kenyataan daripada video berkenaan, dia merupakan seorang yang ceria dan aksinya itu menunjukkan keterujaannya untuk menikmati makan malam iaitu satu kegembiraan yang harus diraikan.
Rakaman itu membuatkan warganet terharu dengan kelakuannya dan netizen di seluruh dunia turut gembira melihat sikap buruh tersebut.
Perkongsian video itu kini meraih melebihi 3 juta tontonan dengan respons positif daripada netizen yang memuji lelaki itu pandai menghargai hidupnya.
“Selalunya perwatakan itu selalunya dilakukan oleh kanak-kanak namun tidak sangka seorang lelaki yang menghampiri usia warga emas berkelakuan begitu. Bagi saya dia pandai menghargai hidupnya. Nampak seolah-olah dia tidak mempunyai masalah,” tulis Josh Sam di Facebook.
Lahm Asberg pula memberitahu, “Aku yang di usia muda ini pun buat rasa pelik tapi bagi dia aku tengok 'perfect' walaupun dia bukan kanak-kanak. Sememangnya hidupnya sentiasa 'happy' dan bersikap positif. Semoga hidupnya sentiasa dipermudahkan.
Construction worker's joyful skip warms hearts onlineThe world could use more people like this construction worker in China. Read the latest about Chinese society here: http://sc.mp/chinasociety
Posted by SCMP Video on Sunday, December 15, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
'Tak pernah kesal, sedih miliki anak autisme'
Ibu bapa, guru waspada reka bentuk terkini vape
Urus jenazah biar ada ilmu
Wanita cemas berdepan provokasi pemandu Toyota
[VIDEO] Hidap lima penyakit kronik, ibu sumber kekuatan Iwan
Eropah siap siaga hadapi Perang Dunia Ketiga
[VIDEO] Dadah: Pasangan suami isteri, rakan berdepan hukuman mati
Lans koperal didakwa curi emas orang meninggal dunia dalam kereta
Lebih 1,000 penduduk terjejas terowong ECRL ditakungi banjir