Argentina kekal momentum positif

Otamendi. Foto EPA
Otamendi. Foto EPA
A
A
A

ARGENTINA membuktikan status mereka sebagai jagoan apabila meneruskan momentum positif setelah mengalahkan Paraguay 1-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan awal pagi Jumaat.

Kemenangan tersebut adalah ketiga berturut-turut buat juara Piala Dunia itu yang meletakkan Lionel Messi sebagai pemain gantian pada perlawanan itu.

Jentera serangan Argentina sebaliknya dipimpin oleh Julian Alvarez dan Lautaro Martinez pada babak pertama permainan

Menariknya pada aksi itu, pertahanan veteran, Nicolas Otamendi muncul wira apabila dia memanfaatkan sepakan sudut Rodrigo De Paul untuk jaringan tunggal perlawanan.

Gol itu dihasilkan pada minit ketiga sekali gus memastikan tiga mata berharga buat skuad bimbingan Lionel Scaloni.

Messi menggantikan Alvarez pada minit ke-53, tetapi nasib tidak menyembelahinya apabila dua kali percubaannya terkena palang.

Kemenangan tipis itu sudah memadai buat Argentina untuk berada di tangga pertama zon Amerika Selatan setelah melakar rekod bersih daripada tiga perlawanan.

Brazil pula mengikut rapat di belakang dengan tujuh mata di tangga kedua diikuti Colombia dan Uruguay.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!