Pas lancar kutipan dana untuk Palestin

Doktor di Hospital Al-Shifa berkongsi situasi yang semakin genting di Gaza dengan memberitahu tiada katil untuk pesakit yang cedera dan keluarga pesakit yang terluka hanya mampu terbaring di lantai di hospital. (Gambar kecil: Dr Muhammad Khalil)
Doktor di Hospital Al-Shifa berkongsi situasi yang semakin genting di Gaza dengan memberitahu tiada katil untuk pesakit yang cedera dan keluarga pesakit yang terluka hanya mampu terbaring di lantai di hospital. (Gambar kecil: Dr Muhammad Khalil)
A
A
A

MARANG - Pas melancarkan kutipan dana #Aid4Palestine 2.0 di Terengganu sebagai usaha membantu rakyat di negara itu yang ditindas rejim Israel.

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar Pas Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, usaha dijalankan itu sebagai tanda solidariti rakyat Terengganu dalam menyokong bantahan terhadap kekejaman dilakukan rejim Zionis kepada Palestin.

"Ia merupakan satu platform untuk mengumpulkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ia terbuka kepada semua NGO tanpa mengira parti untuk sama-sama membantu rakyat Palestin.

"#Aid4Palestine ini melibatkan kira-kira 100 NGO yang turut sama membantu.

ARTIKEL BERKAITAN:'Lantai dipenuhi darah' - Doktor di hospital Gaza

ARTIKEL BERKAITAN:'Saya tidak tahu isteri, dua anak masih hidup atau terkorban'

Difahamkan pada tahun 2021, kita berjaya kumpul dana sebanyak RM20 juta," katanya ketika ditemui pemberita selepas Kuliah Dhuha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tabung tersebut akan digerakkan ke pelbagai lokasi termasuk seluruh masjid, surau dan pasar.

Artikel Berkaitan:

"Di Terengganu, buat masa ini kita sasarkan sebanyak RM1 juta kutipan dan diharapkan lebih ramai dapat membantu saudara kita yang kini mengalami kesukaran dan kesusahan di Gaza," ujarnya.

Himpunan solidariti bersama rakyat Palestin turut diadakan di pekarangan Masjid Rusila selepas solat Jumaat sebagai tanda solidariti selain mengecam serangan serangan berterusan dilakukan oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat di negara berkenaan.