Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Kontraktor dipenjara 7 hari gagal kemuka penyata pendapatan

13 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 13 OKTOBER 2023

Seorang kontraktor dihukum penjara tujuh hari, didenda RM25,000 dan dikenakan penalti khas berjumlah hampir setengah juta oleh Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pada Jumaat atas pertuduhan gagal mengemukakan penyata pendapatan dalam borang B membabitkan nilai cukai pendapatan lebih RM124,702.64, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Majistret Noorhafizah Ishak menjatuhkan hukuman itu terhadap Chong Sing Chai selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, warga emas berkenaan gagal mengemukakan penyata pendapatan dalam Borang B bagi tahun taksiran 2017 hingga 2021 pada atau sebelum 30 Jun pada tahun berikutnya kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri dengan tiada sebab munasabah yang membabitkan pendapatan bercukai berjumlah RM781,637.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/629050/Kontraktor-dipenjara-7-hari-gagal-kemuka-penyata-pendapatan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian