KPDN Perak rampas bateri tiruan

Kediaman yang dimiliki tiga lelaki diserbu KPDN Perak selepas disyaki menyimpan dan mengedar bateri berjenama tiruan. Foto: Ihsan KPDN Perak
Kediaman yang dimiliki tiga lelaki diserbu KPDN Perak selepas disyaki menyimpan dan mengedar bateri berjenama tiruan. Foto: Ihsan KPDN Perak
A
A
A

TAIPING - Tiga lelaki ditahan selepas disyaki menjual dan membekalkan bateri tiruan dalam serbuan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak di sebuah kediaman di Taman Tekah Damai di sini pada Khamis.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan sekitar jam 11.30 pagi itu, sebanyak 30,792 unit bateri berjenama bernilai lebih RM43,108.45 dirampas.

KPDN Perak memeriksa sebuah kediaman yang didapati menyimpan bateri tiruan di Taiping pada Khamis. Foto: Ihsan KPDN Perak
KPDN Perak memeriksa sebuah kediaman yang didapati menyimpan bateri tiruan di Taiping pada Khamis. Foto: Ihsan KPDN Perak

"Premis ini disyaki digunakan untuk menyimpan dan mengedar barangan menggunakan cap dagangan berdaftar secara salah ke atas bateri yang dijual dalam talian.

"Ketika serbuan, tiga lelaki warga tempatan berusia 40, 66 dan 67 tahun yang mengaku sebagai pemilik dan pekerja premis memaklumkan mereka hanya menguruskan jual beli dalam talian sejak 2020," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 102(1)(2) Akta Cap Dagangan 2019.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!