Gadis demam terperangkap 20 minit dalam kereta

Keadaan mangsa yang lemah selepas berjaya dikeluarkan dari kereta milik ayahnya.
Keadaan mangsa yang lemah selepas berjaya dikeluarkan dari kereta milik ayahnya.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang gadis berdepan detik mencemaskan apabila terperangkap hampir 20 minit di dalam kereta bapanya, dalam kejadian berhampiran sebuah kedai serbaneka di Jalan Tok Lam di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.10 petang, mangsa berusia 22 tahun itu demam dan ditinggalkan sebentar oleh ibu bapanya yang ke kedai serbaneka dalam keadaan enjin dan pendingin hawa kereta terpasang.

Bagaimanapun, sebaik ibu bapanya kembali semula, didapati pintu kereta jenis Proton Iswara Aeroback sudah terkunci dan cuba membangunkan anaknya namun gagal selepas gadis itu tidur kerana tidak sihat.

Selepas beberapa minit cuba membangunkan anak mereka gagal, kedua ibu bapa mangsa bertindak menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Sementara itu, ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota, Pegawai Bomba Kanan II Faizal Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 2.30 petang.

Katanya, sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk kerja menyelamat.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, kita dapati seorang gadis berada di dalam kereta dan kami dimaklumkan dia tidak sihat.

“Kita mengambil masa hampir seminit untuk membuka pintu kereta berkenaan menggunakan beberapa peralatan khas sebelum mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menggunakan kenderaan EMRS untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!