Kerajaan terus laksana inisiatif pembaharuan fiskal - MOF

Kerajaan akan terus laksanakan inisiatif pembaharuan fiskal bagi perkasakan rangka kerja kewangan awam ke arah kemampanan fiskal jangka masa panjang. - Foto Bernama
Kerajaan akan terus laksanakan inisiatif pembaharuan fiskal bagi perkasakan rangka kerja kewangan awam ke arah kemampanan fiskal jangka masa panjang. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus melaksanakan inisiatif pembaharuan fiskal bagi memperkasakan rangka kerja kewangan awam ke arah kemampanan fiskal jangka masa panjang, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Menurut Laporan Tinjauan Fiskal 2024 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan hari ini, MOF berkata, kerajaan akan memastikan momentum pertumbuhan disokong secara berterusan oleh pembaharuan strategik.

Pembaharuan fiskal yang dicadang termasuk pengenalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal; penggubalan Akta Perolehan Kerajaan; inisiatif meluaskan asas hasil dan menambah baik pengurusan: serta pembaharuan institusi.

Kementerian itu berkata, pembaharuan tersebut disesuaikan dengan rangka kerja dasar Ekonomi Madani dalam memacu momentum ekonomi dan mengukuhkan kedudukan fiskal.

"Rangka kerja ini akan menyediakan tujahan yang diperlukan untuk melonjak Malaysia ke arah pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran yang mampan serta menginstitusikan kewangan awam yang kukuh sekali gus mencatatkan penarafan yang lebih baik.

"Penambahbaikan dalam penarafan akan memanfaatkan negara melalui pertambahan pelaburan asing, pengurangan kos pinjaman dan peningkatan prospek ekonomi,” kata MoF.

Pada masa ini, Malaysia dinilai pada A3 daripada Moody’s, A- (S&P) dan BBB+ (Fitch) dengan tinjauan ‘stabil’.

Menurut agensi penarafan kredit (CRA) ini, walaupun terdapat pelbagai pemacu untuk penarafan semasa, namun prestasi fiskal dikenal pasti sebagai faktor utama yang menyumbang kepada kelemahan kredit bagi Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Kekuatan utama penarafan Malaysia yang dikenal pasti oleh CRA termasuk kepelbagaian ekonomi, pertumbuhan berdaya tahan, institusi yang stabil dan boleh dijangka, sistem perbankan yang mantap dan kukuh; serta pendedahan yang rendah terhadap hutang kerajaan dalam denominasi mata wang asing. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!