Kanak-kanak cedera parah tangan tersepit pengadang jalan

Seorang kanak-kanak perempuan cedera parah apabila tangannya tersepit di pengadang jalan selepas motosikal dinaiki bersama ibunya terbabas di Kampung Sungai Kerak, dekat sini pada Jumaat.
Seorang kanak-kanak perempuan cedera parah apabila tangannya tersepit di pengadang jalan selepas motosikal dinaiki bersama ibunya terbabas di Kampung Sungai Kerak, dekat sini pada Jumaat.
A
A
A

MARANG - Seorang kanak-kanak perempuan cedera parah apabila tangannya tersepit di pengadang jalan selepas motosikal dinaiki bersama ibunya terbabas di Kampung Sungai Kerak, dekat sini pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Zulbahry Sulong berkata, kanak-kanak dianggarkan berusia empat tahun itu terpaksa menahan kesakitan selama 10 minit akibat tangannya tersepit dalam kejadian kira-kira jam 10.26 pagi.

Menurutnya, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Marang serta sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Wanita yang merupakan ibu kepada kanak-kanak berkenaan berusia lingkungan 40-an menunggang motosikal dan hilang kawalan lalu terbabas melanggar pengadang jalan.

"Akibat kejadian itu, wanita tersebut mengalami kecederaan di perut manakala kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan parah di tangan dan muka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya, kedua mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan susulan.

Artikel Berkaitan: