Rakyat Malaysia bersatu hati dalam isu Palestin

Hassan (kiri) mengibarkan bendera Palestin selepas perhimpunan menyokong rakyat Palestin di Masjid Negara Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hassan (kiri) mengibarkan bendera Palestin selepas perhimpunan menyokong rakyat Palestin di Masjid Negara Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

PASIR GUDANG - Semua rakyat dan pemimpin di negara ini bersatu hati dalam isu Palestin, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Menurutnya, sodaliriti dan sokongan pemimpin terhadap negara Islam yang sekian lama ditindas itu ditunjukkan pemimpin kerajaan dan pembangkang.

"Hari ini di perhimpunan menyokong rakyat Palestin di Masjid Negara Kuala Lumpur dilakukan selepas solat Jumaat.

"Saya dapat mendengar ucapan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga ucapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tunjuk perasaan solidariti untuk Palestin di Masjid Negara pada Jumaat merentas garis kepartian dengan kehadiran beberapa pemimpin parti pemerintah dan pembangkang.

Antara yang kelihatan pada himpunan selepas solat Jumaat itu selain Muhyiddin dan Dr Mahathir adalah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu, Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adam Adli Abdul Halim.

Mengulas lanjut, Hassan berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Presiden UMNO juga membentangkan usul menyokong perjuangan kemerdekaan rakyat Palestin di Parlimen Malaysia pada 9 Oktober lalu.

Usul berkenaan katanya, diterima sebulat suara oleh ahli-ahli Parlimen.

Artikel Berkaitan:

Malah Perdana Menteri, DatuK Seri Anwar Ibrahim katanya, semasa berucap dalam Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada September lalu menegaskan lagi komitmen Malaysia menyokong perjuangan kemerdekaan rakyat Palestin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!